Assalammualaikum....
Apa khabar semua?..lama benar kak fid bekukan blog ni...tak banyak cerita yang kak fid nak share sebenarnya..semetelah sibuk dengan anak kecil dan terikat dengan kerja yang macam gunung karakatua....ada ke nama gunung tu...huhu!!
Sejak lima bulan ni , kak fid terjuni sukan yang amat kak fid suke..haha!!..ayat terjun tu tak bleh belah...al maklumlah dulu olahragawati sekolah...jadi sukan ni memang tak asing lagi...lama dah tak wat keja ni...sejak kahwin sampai beranak penak...dah naik sebal segala urat sendi kat badan...
Ada 4 jenis senaman yang kak fid buat sepanjang lima bulan ni...Hi-Lo atau Aerobics, Stepboard, Zumba dan Bodycombat..yang paling kak fid suka Stepboard, Bodycombat dan Aerobics/ Hi-Lo. Sebab ia lebih pada lasak dan kepantasan tahap maximum...berpeluh-peluh you...memang best giler!!
Ladys perkasa...cer teka mane kak fid..hehe
So entri kali ini kak fid nak cerita serba sikit pasal senaman Aerobic / Hi-Lo ini..
Untuk makluman Senaman Aerobik/Hi-Lo adalah merupakan satu bentuk senaman metabolism yang melibatkan tenaga dalam otot dengan
penggunaan oksigen. "Aero' tu bermaksud udara. Aerobic / Hi-Lo ini ada bermacam-macam gerakan diikuti pula dengan combination irama muzik serta berkumpulan, amat diminati di semua peringkat usia muda
mahupun tua. Tak kira apa pun jenis aktiviti, ia sangat baik untuk kesihatan kita..Macam kak fid yang dah masuk 4 series memang sangat-sangatlah kena wat exercise ni....
Senaman Aerobic memberikan kebaikan pada kesihatan kita seperti menyihatkan
jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan mental bagi
mengurangkan tekanan dan sebagainya. Amat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan
berat dan menjaga tubuh badan agar tetap langsing.
Mereka yang ada masalah stress atau pun nak turunkan berat badan dan juga nak langsingkan badan biar ada shaping...bolehlah ikuti senaman ni.
Antara kebaikan
Senaman Aerobik:-
JENIS SUKAN YANG MUDAH
Sukan ini
sering dilakukan secara latihan yang berterusan dan sangat mudah untuk dilakukan.
Setiap langkahnya berbeza-beza mengikut rentak muzik yang dimainkan dan ia
selalunya dilakukan serentak bersama-sama secara berkumpulan. Gaya dan
langkah-langkah yang dicetuskan melibatkan pergerakan di bahagian keseluruhan
anggota badan secara menyeluruh.
MEMBAKAR LEMAK
Kelebihan
senaman Aerobic yang utama ialah membakar lemak. Lemak yang terbakar dalam
setiap langkah Aerobic yang dilakukan bergantung pada berat badan setiap
individu, ketinggian, kelajuan dimana anda melakukan pergerakan, dan rutin
kekerapan anda melakukan tarian Aerobic ini. Kadar ukuran lemak yang terbakar
pada seseorang individu merujuk kepada HealthStatus.com ialah :
Langkah Aerobik secara perlahan
– 68kg
|
Langkah Aerobik secara
laju – 68kg
|
477 kalori
|
720 kalori
|
Uolls tahu tak kalori yang diperlukan untuk wanita dewasa antara 1600 hingga 2000 kalori sehari...dan setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan kita (tidak terbakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram...Ermmm..banyak tu...dalam tak sedar cara kita makan ..kita telah tambahkan kg dalam badan kita ni...
BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Aerobic adalah salah satu senaman yang
sangat baik untuk jantung anda. Jantung anda akan mengepam dengan laju untuk
menyalurkan darah keseluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi oleh
badan.
Ini adalah
kerana setiap langkah Aerobic yang berbeza menambahkan kekuatan,
fleksibiliti dan daya tahan, bagi tujuan meningkatkan kesihatan fizikal
seseorang individu secara menyeluruh.
MENSTABILKAN EMOSI
Langkah Aerobic merupakan medium yang baik untuk mengawal emosi dan kemurungan seseorang.
Pelbagai kajian termasuk yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan dan
Kecergasan Fizikal melaporkan bahawa 50 minit sesi senam Aerobic yang dilakukan mampu menurunkan tahap tekanan, keletihan dan kemarahan. Ia juga senaman yang
menyeronokkan sebabnya selain melakukan aktiviti senaman, kita juga boleh berkenalan dengan rakan-rakan dan mengeratkan hubungan silaturrahim
dengan rakan lain.
SESUAI UNTUK SEMUA ORANG
Semua lapisan peringkat umur boleh menyertai senamrobik ini. Boleh dilakukan
dimana-mana sahaja mengikut kesesuaian keadaan dan tempat yang selesa. Kini terdapat pelbagai program baik dari pihak swasta mahupun kerajaan untuk golongan kanak-kanak, orang muda, dewasa dan juga warga tua. Masyarakat sekarang dah makin sedar kebaikan bersenam ni.
MENINGKATKAN DAYA FUNGSI BADAN
Tahap
kecergasan bergantung kepada keupayaan anda untuk melaksanakan tugasan harian
dengan cekap dan langkah senamrobik dapat membantu anda mencapai matlamat itu!
Salah satu faedah daripada langkah senamrobik adalah ia baik bagi membentuk dan
meningkatkan fungsi kecergasan seperti yang dikenal pasti oleh kajian yang
diterbitkan dalam jurnal dipanggil, ‘Journal of Strength and Conditional
Research’. Kajian ini telah dijalankan ke atas wanita tua yang tidak aktif
selama 12 minggu dan setelah melakukan hanya 30-60 langkah
senaman aerobik dalam beberapa minit, ia telah dapat membantu wanita-wanita tua itu
meningkatkan ketangkasan, berjalan, keseimbangan dan fleksibiliti mereka.