Monday 29 August 2016

Assalammualaikum....
Apa khabar semua?..lama benar kak fid bekukan blog ni...tak banyak cerita yang kak fid nak share sebenarnya..semetelah sibuk dengan anak kecil dan terikat dengan kerja yang macam gunung karakatua....ada ke nama gunung tu...huhu!!
Sejak lima bulan ni , kak fid terjuni sukan yang amat kak fid suke..haha!!..ayat terjun tu tak bleh belah...al maklumlah dulu olahragawati sekolah...jadi sukan ni memang tak asing lagi...lama dah tak wat keja ni...sejak kahwin sampai beranak penak...dah naik sebal segala urat sendi kat badan...
Ada 4 jenis senaman yang kak fid buat sepanjang lima bulan ni...Hi-Lo atau Aerobics, Stepboard, Zumba dan Bodycombat..yang paling kak fid suka Stepboard, Bodycombat dan Aerobics/ Hi-Lo. Sebab ia lebih pada lasak dan kepantasan tahap maximum...berpeluh-peluh you...memang best giler!!
 Ladys perkasa...cer teka mane kak fid..hehe
So entri kali ini kak fid nak cerita serba sikit pasal senaman Aerobic / Hi-Lo ini..
Untuk makluman Senaman Aerobik/Hi-Lo adalah merupakan satu bentuk senaman metabolism yang melibatkan tenaga dalam otot dengan penggunaan oksigen. "Aero' tu bermaksud udara. Aerobic / Hi-Lo ini ada bermacam-macam gerakan diikuti pula dengan combination irama muzik serta berkumpulan, amat diminati di semua peringkat usia muda mahupun tua. Tak kira apa pun jenis aktiviti, ia sangat baik untuk kesihatan kita..Macam kak fid yang dah masuk 4 series memang sangat-sangatlah kena wat exercise ni....
Senaman Aerobic memberikan kebaikan pada kesihatan kita seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya. Amat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat dan menjaga tubuh badan agar tetap langsing.
Mereka yang ada masalah stress atau pun nak turunkan berat badan dan juga nak langsingkan badan biar ada shaping...bolehlah ikuti senaman ni.

Antara kebaikan Senaman Aerobik:-
JENIS SUKAN YANG MUDAH
Sukan ini sering dilakukan secara latihan yang berterusan dan sangat mudah untuk dilakukan. Setiap langkahnya berbeza-beza mengikut rentak muzik yang dimainkan dan ia selalunya dilakukan serentak bersama-sama secara berkumpulan. Gaya dan langkah-langkah yang dicetuskan melibatkan pergerakan di bahagian keseluruhan anggota badan secara menyeluruh.
                        

MEMBAKAR LEMAK
Kelebihan senaman Aerobic yang utama ialah membakar lemak. Lemak yang terbakar dalam setiap langkah Aerobic yang dilakukan bergantung pada berat badan setiap individu, ketinggian, kelajuan dimana anda melakukan pergerakan, dan rutin kekerapan anda melakukan tarian Aerobic ini. Kadar ukuran lemak yang terbakar pada seseorang individu merujuk kepada HealthStatus.com ialah :
Langkah Aerobik secara perlahan – 68kg
Langkah Aerobik  secara laju – 68kg
477 kalori
720 kalori


Uolls tahu tak kalori yang diperlukan untuk wanita dewasa antara 1600 hingga 2000 kalori sehari...dan setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan kita (tidak terbakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram...Ermmm..banyak tu...dalam tak sedar cara kita makan ..kita telah tambahkan kg dalam badan kita ni...
BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Aerobic adalah salah satu senaman yang sangat baik untuk jantung anda. Jantung anda akan mengepam dengan laju untuk menyalurkan darah keseluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi oleh badan.
Ini adalah kerana setiap langkah Aerobic yang berbeza menambahkan kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan, bagi tujuan meningkatkan kesihatan fizikal seseorang individu secara menyeluruh.

MENSTABILKAN EMOSI
Langkah Aerobic merupakan medium yang baik untuk mengawal emosi dan kemurungan seseorang. Pelbagai kajian termasuk yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan dan Kecergasan Fizikal melaporkan bahawa 50 minit sesi senam Aerobic yang dilakukan mampu menurunkan tahap tekanan, keletihan dan kemarahan. Ia juga senaman yang menyeronokkan sebabnya selain melakukan aktiviti senaman, kita juga boleh berkenalan dengan rakan-rakan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan lain.

SESUAI UNTUK SEMUA ORANG
Semua lapisan peringkat umur boleh menyertai senamrobik ini. Boleh dilakukan dimana-mana sahaja mengikut kesesuaian keadaan dan tempat yang selesa. Kini terdapat pelbagai program baik dari pihak swasta mahupun kerajaan untuk golongan kanak-kanak, orang muda, dewasa dan juga warga tua. Masyarakat sekarang dah makin sedar kebaikan bersenam ni.
MENINGKATKAN DAYA FUNGSI BADAN
Tahap kecergasan bergantung kepada keupayaan anda untuk melaksanakan tugasan harian dengan cekap dan langkah senamrobik dapat membantu anda mencapai matlamat itu! Salah satu faedah daripada langkah senamrobik adalah ia baik bagi membentuk dan meningkatkan fungsi kecergasan seperti yang dikenal pasti oleh kajian yang diterbitkan dalam jurnal dipanggil, ‘Journal of Strength and Conditional Research’. Kajian ini telah dijalankan ke atas wanita tua yang tidak aktif selama 12 minggu dan setelah melakukan hanya 30-60 langkah senaman aerobik dalam beberapa minit, ia telah dapat membantu wanita-wanita tua itu meningkatkan ketangkasan, berjalan, keseimbangan dan fleksibiliti mereka.